Friday, December 4, 2009

Terus terang aku katakan

Aku jatuh cinta lagi.

Hijau, tambahkan pewarna dalam senyuman. :)

Tuesday, November 24, 2009

Janji & Harapan

satu.

Kata aku padanya dulu,
aku tunggu kamu.

"Lepas kita sama-sama habis belajar ye."

Genap sepurnama hilang dia.
Kemana, entah.


dua.

Kata dia padaku kini,
i want to be with you.

"If I jump, will You jump?"

Hari-hariku, ditemani dia.
Setiap ketika.


tiga.

Soalku pada satu.
Siapa aku dihati kamu kini?

Soalku pada dua.
Siapa aku dihati kamu kini?


empat.

Kataku pada diri,
antara janji dan harapan.

Tersepit.

Sunday, November 22, 2009

Haruskah aku

Hampir sedekad umurnya
Pernah ku bangga bercerita tentangnya
Kisahnya dipuja puja para pendengar
Sahabat sahabat kagum keutuhannya

Namun,
Masihkah ada kamu dalam kotak ini
Adakah yang tinggal hanya simpati
Atau rasa kerugian
Bila di kenang, kamu ada baiknya
Bila cuba dibancuh, kamu ada tawarnya

Haruskah aku kejar kembali
Sedangkan aku takut pada bayang masa hadapan
Takut perkara serupa berulang
Menggoncang bahtera, dikala Angin hanya sepoi sepoi bahasa

Aku kerap berkata
Kita hanya mampu merancang
Dan DIA kemudiannya menentukan

Wajarkah aku berdiri bersandar
Pada tiang keputusan
Sedang kata akhirmu ku diperlukan
Tapi kata hatiku diam membisu melukai

Saturday, November 21, 2009

You

semalam i tengok u, menangis depan i.
bila i kata i ada yang lain.
bila u kata, "thanks god, i found u"

i tak tahu nak kata apa.
i diam, dengar saja esakkan u.
ni baru pertama kali,
i tengok, lelaki menangis untuk i.

i diam lagi;
tak tahu nak respon apa pada u.
i diam lagi,
sebab nak dengar suara hati u.

ini baru 5 hari,
i tak tahu, bertahan ke kita ni lagi 5 minggu,
i nak tengok,
betul tak tanggapan i.

mereka akan rasa "butterflies in the stomach"
hanya ketika ini.

lepas tu, mereka lupakan i macam biasa.

Tuesday, November 17, 2009

dude...I dunno

Thought i have found the most high
Then i realized i am a newbie
But other newbie got the higher one
And perfectly when i am down
Should i stay, wait for the fruit to come
Should i left and search or grab those on the eye front

dude..i dunno, should i hangover or handover?

Sunday, November 15, 2009

If

If, one day im no longer around ur circle, forgive me, bcoz im not good enough to be ur friend.














Im sorry. :'(

Tuesday, October 20, 2009

Dia

Semasa gelap hari ku, datang dia.
Cuba bangunkan aku daripada pembaringan.

Semasa gelap hariku, datang dia.
Cuba dudukkan aku pula.

Sehingga aku boleh merangkak,
Sehingga aku berdiri,
Sehingga aku bertatih.

Tatihku jatuh, dia bangunkan.
Tatihku jatuh lagi, dia bangunkan.

Aku senyum,
kemudian ketawa.
Sehingga keluar air mata.

Hari ini, aku masih lagi bertatih.
Dia arahkan aku, ke suatu jalan yang masih jauh.

Jauhhh...

Saturday, October 17, 2009

Hari kerdil

Hari-hari kerdilku.
Aku lumur dengan air longkang.

Hari-hari kerdilku.
Aku corak dengan lumpur.

Hari-hari kerdilku.
Aku tampalkan tape supaya tampak segak.

Hari-hari kerdilku.
Walaupun gembira, tapi hampa.

Hari-hari kerdilku.
Kalau boleh minta aku kembali,
pada hari-hari kerdilku,
takkan aku mencintaimu.

Wednesday, September 16, 2009

30 hari kian berlalu

30 hari makin mendekati
Tapi belum ketemu yang dicari

Minta aku pada Mu
Titian teguh yang mengantikan titian usang
hampir runtuhkan diriku

Minta aku pada Mu
Ketenangan seperti hening pagi
Kebahagiaan seperti indahnya namaku
Cahaya menerangi lorong-lorong gelapku

Minta aku pada Mu
Turunkan Taufik
Turunkan Hidayah
Tunjukkan aku lorong lurus
Jauhkan aku yang berbengkang bengkok

Minta aku pada Mu
Ini bukan yang terakhir

Tuesday, August 11, 2009

Ku mahu kau tahu

ku mahu

bina istana dengan mu

kau tahu

dan kau juga mahu

ku mahu

cipta dunia fantasi dengan mu

kau tahu

malah berfantasi lagu

kau tahu

ku serius kata ku mahu

ku dendang lagu-lagu

agar indah mimpi-mimpi mu

tapi kau

pacak pagar depan ku

pisah ganggang dari telinga mu

tika kau tahu

ku masih mahu kamu

Thursday, August 6, 2009

Ada

...Ada jawapan untuk persoalan
...Ada penyebab untuk perkara yang berlaku
...Ada pengajaran daripada masa lalu
...Ada kemaafan daripada kesalahan
...Ada penyelesaian daripada masalah
...Ada kosong sebelum berwarna
...Ada gelap sebelum cerah
...Ada kesakitan sebelum kegembiraan

Wednesday, August 5, 2009

Di kALa tiADA memBAnTiNg TenAGa



Tik tok tik tok

Detik detik jam berdetik

Tok tik tok tik

Hati ku terpetik

Tik tik tik tik

Air hujan menitik

Tok tok tok tok

Pintu hati ku diketok ketok

Tik tik tok tok

Jangan lah dikau mengantok

Dikala tiada perlu membanting tenaga...

Sunday, August 2, 2009

Cuba, kelat

Aku ingin dapatkan engkau,
tapi aku pendek, tenjek masih tak sampai.

Aku cuba kejar engkau,
tapi langkah kaki ku ciput.

Aku jerit panggil nama kau,
tapi cuma dalam hati.

Aku cuba tunggu,
tak berani pejamkan mata.

... sebab aku takut tatihku jatuh
... sebab aku takut hatiku mati

Wednesday, July 22, 2009

bELum rELa kU pUjuK..

kau bilang kau faham
bila ku sibuk kerja dan mengembara
bila ku letih tidak bermaya

kau bilang tidak perlu hubungimu
bila ku tak cukup tangan
bila otak ku tiada ruang

kau bilang kau ok
bila ku lambat dan terlambat
bila ku lupa dan terlupa

ku sambung diriku pada mu
bila kau bilang tak mengapa
bila kau bilang tak perlu

ku curah diriku pada mu
ku tadah diriku untuk mu
mengapa kau kekang dirimu
mengapa kau mengengsot ke tepi

ku janji kau janji
kau angguk pada masa
kau geleng pada rasa

kau bilang kau faham...

Saturday, July 18, 2009

Ku katakan dengan indah

Thursday, July 16, 2009

Life

Life isn't just about keeping score.
It's not about how many people call you
And it's not about who you've dated or haven't dated at all.
It isn't about who you've kissed,
What sport you play,
Or which guy or girl likes you.
It's not about your shoes or your hair
Or the color of your skin,
Or where you live or go to school.
In fact it's not about grades, money,
Clothes, or colleges that accept you or not.
Life isn't about if you have lots of friends or if you are alone,
And it's not about how accepted or unaccepted you are.
Life isn't about that.

But life is about who you love and who you hurt.
It's about how you feel about yourself.
It's about trust, happiness, and compassion.
It's about avoiding jealousy, overcoming ignorance
And building confidence.
It's about what you say and what you mean.
It's about seeing people for who they are and not for what they have.
Most of all it is choosing to use your life.
In a way that could have neverbeen achieved otherwise.
These choices are what life's about.

Saturday, July 11, 2009

nearly give up from am to pm to am

Would you give up after been waiting for more than 15 hours for something that was not certain to come up? Even if you have to have a whole day not sleeping and only junk food for lunch, dinner, supper and maybe breakfast? Good Lord Dutch Lady saved the nutrition needed.

Oh please oh please, let me go in this less a fortnight coming.

p/s: would love to spill the milk out

Thursday, July 9, 2009

Biar ku pujuk

Hati ini merajuk
Kerana dia

Hati ini merajuk
Kerana kata-katanya

Hati ini tidak minta dipujuk
Cuma fahami
diri ini

Seketika
terasa bodoh

:(

Sunday, July 5, 2009

splitter

when we need to split the network, we'll use splitter, to make sure few more people could reach the net.

but, do people split for better connection?

ask me,
ask them,
ask yourself,
ask everybody...

Tuesday, June 30, 2009

Perihal hati

Hati ini rapuh
Berkaca

Pernah di pecahkan
Sambung kembali,
tidak hilang kesan retakan.

Hati ini rapuh
Berkaca

Bila hijau berkata.

Tuesday, June 23, 2009

cObaAn kE-2

ku coba tuk ke 2 kali
namun kabus menyapu ke dahi
baik ku mengadap ilahi
moga amalan dikenali


..kari coba menjadi penambah rasa masakan seperti yang termaktub kewujudannya
..kari rindu pada badan
..kari rindu pada warna kontra
..kari rindu pada suhu
..kari juga rindu si kecil dan hari kecilnnya

dan hijau kari itu datang dari campurannya..

Ku kerinduan

Kari, hijau rindu si kecil :'(

Monday, June 22, 2009

kErinG..

ku kekeringan idea
bila ku mula bertatih dia
mungkin kerna ia
bukan tempat catatan hariannya

kedap,bingung,pasrah.....

Thursday, June 11, 2009

Kenalkan Si Kari Hijau

Mungkin kami ini pelik.
Mempunyai dua penulis dalam satu nama.

Kari ( seorang lelaki ) dan Hijau ( seorang wanita ).

Kari, sudah pun berdiKARI.

Manakala HIJAU, masih bertatih.

Apabila KARI dan HIJAU disatukan di dalam satu nama, maka terhasillah
KARIHIJAU.

Wednesday, June 10, 2009

Hidup!

Ku karang kaler biru,
How are you?

Hope fine, thank you.