Tuesday, October 20, 2009

Dia

Semasa gelap hari ku, datang dia.
Cuba bangunkan aku daripada pembaringan.

Semasa gelap hariku, datang dia.
Cuba dudukkan aku pula.

Sehingga aku boleh merangkak,
Sehingga aku berdiri,
Sehingga aku bertatih.

Tatihku jatuh, dia bangunkan.
Tatihku jatuh lagi, dia bangunkan.

Aku senyum,
kemudian ketawa.
Sehingga keluar air mata.

Hari ini, aku masih lagi bertatih.
Dia arahkan aku, ke suatu jalan yang masih jauh.

Jauhhh...

No comments:

Post a Comment