Showing posts with label jiwa soul. Show all posts
Showing posts with label jiwa soul. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Janji & Harapan

satu.

Kata aku padanya dulu,
aku tunggu kamu.

"Lepas kita sama-sama habis belajar ye."

Genap sepurnama hilang dia.
Kemana, entah.


dua.

Kata dia padaku kini,
i want to be with you.

"If I jump, will You jump?"

Hari-hariku, ditemani dia.
Setiap ketika.


tiga.

Soalku pada satu.
Siapa aku dihati kamu kini?

Soalku pada dua.
Siapa aku dihati kamu kini?


empat.

Kataku pada diri,
antara janji dan harapan.

Tersepit.

Saturday, November 21, 2009

You

semalam i tengok u, menangis depan i.
bila i kata i ada yang lain.
bila u kata, "thanks god, i found u"

i tak tahu nak kata apa.
i diam, dengar saja esakkan u.
ni baru pertama kali,
i tengok, lelaki menangis untuk i.

i diam lagi;
tak tahu nak respon apa pada u.
i diam lagi,
sebab nak dengar suara hati u.

ini baru 5 hari,
i tak tahu, bertahan ke kita ni lagi 5 minggu,
i nak tengok,
betul tak tanggapan i.

mereka akan rasa "butterflies in the stomach"
hanya ketika ini.

lepas tu, mereka lupakan i macam biasa.

Tuesday, October 20, 2009

Dia

Semasa gelap hari ku, datang dia.
Cuba bangunkan aku daripada pembaringan.

Semasa gelap hariku, datang dia.
Cuba dudukkan aku pula.

Sehingga aku boleh merangkak,
Sehingga aku berdiri,
Sehingga aku bertatih.

Tatihku jatuh, dia bangunkan.
Tatihku jatuh lagi, dia bangunkan.

Aku senyum,
kemudian ketawa.
Sehingga keluar air mata.

Hari ini, aku masih lagi bertatih.
Dia arahkan aku, ke suatu jalan yang masih jauh.

Jauhhh...

Saturday, October 17, 2009

Hari kerdil

Hari-hari kerdilku.
Aku lumur dengan air longkang.

Hari-hari kerdilku.
Aku corak dengan lumpur.

Hari-hari kerdilku.
Aku tampalkan tape supaya tampak segak.

Hari-hari kerdilku.
Walaupun gembira, tapi hampa.

Hari-hari kerdilku.
Kalau boleh minta aku kembali,
pada hari-hari kerdilku,
takkan aku mencintaimu.

Wednesday, September 16, 2009

30 hari kian berlalu

30 hari makin mendekati
Tapi belum ketemu yang dicari

Minta aku pada Mu
Titian teguh yang mengantikan titian usang
hampir runtuhkan diriku

Minta aku pada Mu
Ketenangan seperti hening pagi
Kebahagiaan seperti indahnya namaku
Cahaya menerangi lorong-lorong gelapku

Minta aku pada Mu
Turunkan Taufik
Turunkan Hidayah
Tunjukkan aku lorong lurus
Jauhkan aku yang berbengkang bengkok

Minta aku pada Mu
Ini bukan yang terakhir

Thursday, August 6, 2009

Ada

...Ada jawapan untuk persoalan
...Ada penyebab untuk perkara yang berlaku
...Ada pengajaran daripada masa lalu
...Ada kemaafan daripada kesalahan
...Ada penyelesaian daripada masalah
...Ada kosong sebelum berwarna
...Ada gelap sebelum cerah
...Ada kesakitan sebelum kegembiraan

Sunday, August 2, 2009

Cuba, kelat

Aku ingin dapatkan engkau,
tapi aku pendek, tenjek masih tak sampai.

Aku cuba kejar engkau,
tapi langkah kaki ku ciput.

Aku jerit panggil nama kau,
tapi cuma dalam hati.

Aku cuba tunggu,
tak berani pejamkan mata.

... sebab aku takut tatihku jatuh
... sebab aku takut hatiku mati

Wednesday, July 22, 2009

bELum rELa kU pUjuK..

kau bilang kau faham
bila ku sibuk kerja dan mengembara
bila ku letih tidak bermaya

kau bilang tidak perlu hubungimu
bila ku tak cukup tangan
bila otak ku tiada ruang

kau bilang kau ok
bila ku lambat dan terlambat
bila ku lupa dan terlupa

ku sambung diriku pada mu
bila kau bilang tak mengapa
bila kau bilang tak perlu

ku curah diriku pada mu
ku tadah diriku untuk mu
mengapa kau kekang dirimu
mengapa kau mengengsot ke tepi

ku janji kau janji
kau angguk pada masa
kau geleng pada rasa

kau bilang kau faham...