Tuesday, August 11, 2009

Ku mahu kau tahu

ku mahu

bina istana dengan mu

kau tahu

dan kau juga mahu

ku mahu

cipta dunia fantasi dengan mu

kau tahu

malah berfantasi lagu

kau tahu

ku serius kata ku mahu

ku dendang lagu-lagu

agar indah mimpi-mimpi mu

tapi kau

pacak pagar depan ku

pisah ganggang dari telinga mu

tika kau tahu

ku masih mahu kamu

Thursday, August 6, 2009

Ada

...Ada jawapan untuk persoalan
...Ada penyebab untuk perkara yang berlaku
...Ada pengajaran daripada masa lalu
...Ada kemaafan daripada kesalahan
...Ada penyelesaian daripada masalah
...Ada kosong sebelum berwarna
...Ada gelap sebelum cerah
...Ada kesakitan sebelum kegembiraan

Wednesday, August 5, 2009

Di kALa tiADA memBAnTiNg TenAGa



Tik tok tik tok

Detik detik jam berdetik

Tok tik tok tik

Hati ku terpetik

Tik tik tik tik

Air hujan menitik

Tok tok tok tok

Pintu hati ku diketok ketok

Tik tik tok tok

Jangan lah dikau mengantok

Dikala tiada perlu membanting tenaga...

Sunday, August 2, 2009

Cuba, kelat

Aku ingin dapatkan engkau,
tapi aku pendek, tenjek masih tak sampai.

Aku cuba kejar engkau,
tapi langkah kaki ku ciput.

Aku jerit panggil nama kau,
tapi cuma dalam hati.

Aku cuba tunggu,
tak berani pejamkan mata.

... sebab aku takut tatihku jatuh
... sebab aku takut hatiku mati

Wednesday, July 22, 2009

bELum rELa kU pUjuK..

kau bilang kau faham
bila ku sibuk kerja dan mengembara
bila ku letih tidak bermaya

kau bilang tidak perlu hubungimu
bila ku tak cukup tangan
bila otak ku tiada ruang

kau bilang kau ok
bila ku lambat dan terlambat
bila ku lupa dan terlupa

ku sambung diriku pada mu
bila kau bilang tak mengapa
bila kau bilang tak perlu

ku curah diriku pada mu
ku tadah diriku untuk mu
mengapa kau kekang dirimu
mengapa kau mengengsot ke tepi

ku janji kau janji
kau angguk pada masa
kau geleng pada rasa

kau bilang kau faham...